Kontroversi Hasan Mohamed Ali

Isu Islam Hadhari

Beliau telah membahaskan mengenai pengharaman Islam Hadhari di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mei 2008 dengan mengatakan Islam yang dahulu sudah lengkap dan tidak berubah. Beliau mengarahkan semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.[7]

Kerajaan perpaduan

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau dikatakan berunding dengan pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan perpaduan. Sedangkan ramai wakil rakyat PAS menang kerana sokongan Pakatan Rakyat. Tindakan membelakangkan PR ditafsirkan sebagai belot kepada PR. Slogan PAS iaitu 'PAS For All (PAS Untuk Semua)' berjaya menarik perhatian pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi mengundi PAS bukanlah kerana manifesto PAS tetapi kerana membenci rekod buruk UMNO.[perlu rujukan]

Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau. Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009. Dr Hassan Ali boleh digantung jika didapati bersalah iaitu tidak selaris dengan Pakatan Rakyat.[8]

Penjualan arak di Shah Alam

Selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak dapat menerima penjualan minuman beralkohol/arak di kedai-kedai di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi kerana bandar ini mempunyai majoriti penduduk Melayu beragama Islam. Sungguhpun kedai 24 jam menyasarkan jualan arak kepada bukan Melayu, tetapi ada juga remaja Melayu yang mengambil kesempatan untuk membelinya.[perlu rujukan]

Mengkritik Selcat

Dr Hassan Ali mengkritik tatacara/prosiding terbuka yang dilakukan oleh Selcat. Prosiding terhadap 9 pegawai daerah secara terbuka di Bangunan Annex di hadapan wartawan, orang awam dan disiarkan secara terbuka telah menjejaskan reputasi dan imej mereka selaku pegawai daerah.[perlu rujukan]

Sungguhpun Selcat mengikut standard antarabangsa, pelbagai kelemahan perlu diperbaiki dan mencontohi PAC. Kebanyakan penjawat awam termasuk pegawai daerah ini ialah orang Melayu. Hassan Ali sendiri pernah menjadi penjawat awam dan menjadi pengarah BTN. Kritikan Hassan Ali mengundang kecaman daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Charles Santiago dan Azmin Ali.[perlu rujukan]

Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat menghantar surat tunjuk sebab terhadap Hassan Ali. Hal ini berikutan kecaman Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap 'beberapa kerat pemimpin bermasalah'. Kemerosotan undi PAS dalam Pilihan raya kecil Bagan Pinang menyebabkan 'kesalahan' Dr Hassan Ali diungkit semula.[9]

Khutbah Jumaat

Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010, Hassan Ali dituduh membaca khutbah di masjid tanpa memenuhi syarat sah khutbah Jumaat iaitu tidak membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dalam khutbahnya. Beliau dituduh membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April 2010.[perlu rujukan]

Pada 25 April 2010, Hassan Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dengan menyatakan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau mendakwa tiada mana-mana rukun khutbah Jumaat yang tertinggal. Beliau menambah bahawa beliau berpengalaman membaca khutbah selama 40 tahun dan tiada sebarang laporan dibuat mengenainya. Beliau turut mengatakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bersembahyang di masjid itu juga turut mengesahkan tiada rukun khutbah yang tertinggal.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Hasan Mohamed Ali http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... //scholar.google.com/scholar?q=%22Hasan+Mohamed+Al... //www.google.com/search?&q=%22Hasan+Mohamed+Ali%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Hasan... //www.google.com/search?q=%22Hasan+Mohamed+Ali%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Hasan+Moham... http://malaysiakini.com/news/186936 http://malaysiakini.com/news/187331 http://malaysiakini.com/news/187573 http://www.malaysiakini.com/news/117062